Followers Yang Baik Hati, Tq

Tuesday, February 28, 2012

Muffin Pisang Mudah

Assalamualaikum...


Muffin yang sangat sedap..sangat mudah nak buat...preparation pun tak lama...bahan2 pun yang senantiasa ada dekat dapur umah... so apa lagi..mari la menggodek...terima kasih kepada CMG kerana sudi berkongsi resepi ini..boleh terus ke SINI utk lihat hasil kejadian dr dapur Mat Gebu..ramai jugak kengkawan yang dh buat antaranya kak MadihaA , Kak Mas (versi kukus), kak CT Delima..

Izinkan saya berkongsi di sini...untuk rujukan saya pd masa depan. dan juga2 kwn yg sudi bertandang di sini. Sekian terima kasih.


Resepi Muffin Pisang Mudah
sumber : Mat Gebu

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/3 camca teh garam halus*
1 camca teh soda bikabonat* (mat letak 3/4 camca teh, sy letak 1/2 camca)
( kesemua bahan ( * ) ini disatukan dan di ayak)

3 biji pisang emas - di lecek halus
1 camca besar mayonis - ( tak letak stok takde, sy ganti susu tepung, susu tepung sy ayak sekali dgn tepung)
1 biji telur gred B
Beberapa titik esen pisang ( sy guna essen vanilla je)
1/3 cawan gula perang ( resepi asal guna 3/4 cawan gula halus)
1/3 cawan mentega cair ( mat guna minyak canola, saya guna minyak masak biasa)

Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Dalam satu bekas, satukan telur, gula perang dan mayonis, kacau rata dengan whisk sehingga sebati. Masukkan pisang, minyak canola dan esen pisang. Kacau rata

2. Masukkan tepung yang telah di ayak td. Gaul pantas sehingga sebati, jgn gaul lama-lama.

3. Sudukan ke dalam bekas muffin yang telah disediakan terlebih dahulu sebanyak 3/4 penuh. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas redai sebelum di hidangkan.


Sunday, February 26, 2012

Super Fudgy Brownies

Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah...lamanyee tak mengapdet blog nih...hari ni nak buang sawang sikit,,mop2 sikit..hihhihii..masalah kekangan masa....bebanan kerja...sikap yg tak berapa nak rajin nak mengambil gambaq..dan kurang mood akhir2 ini,,,menggalakkan lagi faktor tak mengapdet...


Nih nak update pun sikit punye jenuih nak tulis..maklumla..kita tak pandai nak mengarang..yang nih pun spontan ape yang terlintas di fikiran aje...sblm tuh...Cb nak wish terima kasih kepada follower2 yang baru ikuti blog ini.. walaupun dalam 2.3 org...terharu sangat...segan rasenye...yerlaa dalam tak berapa rajin nak update..ade juga pelawat yang sudi singgah dan terus mengfollow blog picisan ini..maklumla cb ni tak berapa rajin nak promote blog... :).apatahlagi nak mengeluarkan resepi2 yang besh...

berbalik pada resepi ni..CB peroleh hasil lawatan skodeng ke dapur Kak CT Delima . Buat brownies nih pun dah lama...rase 3 febuary ari tuh...huhuhu...hadiahkan buat jiran..sempena perkahwinan anaknya..buat dlm 2 adunan...sib baik laa buat 2 adunan...sbb 1 adunan yg pertama.....ade kemalangan yang berlaku ..mase nak angkat brownies nih..baking paper boleh plak terkoyak..huuhuh


Alhamdulillah...respon yang diberikan sangat sedap....kebetulan semua bahan dh ada kat peti ais..tuh yg teruss rajin nak buat...oklah dh tak bole nak celoteh panjang..nih pun curik2 masa keje...dok buat n3 nih...
Thnks sekali lagi pada kak ct delima yang telah mengolah resepi dr martha stewart nih...ade jugak perasan tak lama lepas tuh Kak Nor SG67 ( happy belated birthday kak norrr ) , Kak Tun  , Kak Yat Maria...sape lagi erk..yang tak tulis lagi kat sini...:) ..kalau ade kengkawan yang dh cuba..let me know yer..boleh letak kat sini sekali :)

Resepi Super Fudgy Brownies
resepi asal  : Martha Stewart
sumber rujukan  : Kak CT Delima

Bahan-bahan
120 gram unsalted butter - (8 sudu besar)
130 gram  all purpose flour - (1 cawan )
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam
220 gram coklat masakan - didadu kecil
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula castor) - CB  letak 3/4 cawan G.castor 
3 biji telur gred A
3/4 cawan cokelat chip

Bahan untuk di tabur :
almond slice / cokelat chip @ apa2 shj yang sesuai

Cara-cara
1. Panaskan oven 180' c. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan di tepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, sapu juga baking paper td dgn mentega. Ketepikan.

2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan chocolate chips sekali. Ketepikan. Pindahkan chocolate chips yang di ayak td ke dalam bekas yg berasingan

3. Cairkan coklat masakan dan butter guna kaedah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam cokelat. Matikan api.

4. Masukkan gula dalan adunan coklat dan kacau rata dengan whisk sehingga gula larut dan sebati dgn cokelat. Masukkan telur satu persatu..sambil terus kacau rata-rata dan perlahan-lahan.

5. Masukkan adunan tepung yang telah di ayak tadi sikit sikit sehingga tercampur rata. Masukkan sekali chocolate chips yang telah di ayak td. Jgn ADUK TERLALU LAMA, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.

6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan chocolate chips ikut suka. CT guna loyang 10 x 10 x 2 inci.CB pun ikut kak CT guna loyang size ini.

7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. ( CB masak lebih kurang 25-30 minit guna api atas bawah dan guna suhu 170 'c). Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan bolehlah dipotong mengikut size yang di ingini...Hias ikut suke..Selamat Mencuba


 .
p/s lepas nih nak p jalan2 rumah kwn2 plak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...