Muffin yang sangat sedap..sangat mudah nak buat...preparation pun tak lama...bahan2 pun yang senantiasa ada dekat dapur umah... so apa lagi..mari la menggodek...terima kasih kepada CMG kerana sudi berkongsi resepi ini..boleh terus ke SINI utk lihat hasil kejadian dr dapur Mat Gebu..ramai jugak kengkawan yang dh buat antaranya kak MadihaA , Kak Mas (versi kukus), kak CT Delima..
Izinkan saya berkongsi di sini...untuk rujukan saya pd masa depan. dan juga2 kwn yg sudi bertandang di sini. Sekian terima kasih.
Resepi Muffin Pisang Mudah
sumber : Mat Gebu
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/3 camca teh garam halus*
1 camca teh soda bikabonat* (mat letak 3/4 camca teh, sy letak 1/2 camca)
( kesemua bahan ( * ) ini disatukan dan di ayak)
3 biji pisang emas - di lecek halus
1 camca besar mayonis - ( tak letak stok takde, sy ganti susu tepung, susu tepung sy ayak sekali dgn tepung)
1 biji telur gred B
1 biji telur gred B
Beberapa titik esen pisang ( sy guna essen vanilla je)
1/3 cawan gula perang ( resepi asal guna 3/4 cawan gula halus)
1/3 cawan mentega cair ( mat guna minyak canola, saya guna minyak masak biasa)
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Dalam satu bekas, satukan telur, gula perang dan mayonis, kacau rata dengan whisk sehingga sebati. Masukkan pisang, minyak canola dan esen pisang. Kacau rata
2. Masukkan tepung yang telah di ayak td. Gaul pantas sehingga sebati, jgn gaul lama-lama.
3. Sudukan ke dalam bekas muffin yang telah disediakan terlebih dahulu sebanyak 3/4 penuh. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas redai sebelum di hidangkan.


wii muffin. sedap dina muffin ni? lama tak buat muffin pisang
ReplyDeletekak CB.. tun suka mkn kek n mapin pisang ^^ sedap! tp kalau nk suruh hasben tun mkn, kene letak coklat chip. hihi
ReplyDeleteKalau muffin pisang memang sentiasa suka..sedap pekena teh o k kopi o..
ReplyDeletekak izah : sedappp jugak...try ler buat..ini buat pun sbb pisang dh nak hitam..syg plak kalau tak buat apa2
ReplyDeletetun_telani : akak pun mula2 ingat nak letak cokelat chip jugak...tp takut manis plak..sbb pisang ni dh ranum sangat..
rahel : ya rahel enak banget makan bersama teh 0 @ kopi o kan...