| tgk betul2...ape yang tak kena huhu |
Assalamualaikum....salam Hari Jumaat..Hari Penghulu segala hari..karangan petang semalam terpaksa didelete...hihihi tak sempat dah nak mengarang (gara-gara blogger wat hal)..kerana time tuh dh nak dekat pkul 5.30.ptg..CB kan mengapdet di pejabat hihi..
| props pejabat CB..nih gambar amik kat kaunter |
CB lama dh berangan nak buat muffin yang buh yogurt nih...sbb tak tahan tgk kata2 pujian dr Kak Izah..dia kabor muffin ni memang terbaik...sangat moist...CB pun ape lagi..pagi semalam bangkit kul 5.30 pagi...buat muffin ni..tujuan nak bawa bekal ke pejabat...sementelah nak menyediakan muffin ni pun sangat mudah..tk perlu guna mixer...kacau2 dgn handwisk aje..tuh pun tak lama...
| mmmmm tersangat la gebu dan sedapnyee |
CB buat 2 adunan...ingat dpt la banyak..tp dpt 9 biji aje..mane taknya pakai papercup besorr...huhuhu
respon dr kawan2 ofis..semua ckp sedap..dan sngt2 moist...so takde la rase mcm nak tercekik bila makan...kepada2 kwn2 yang dh mengomen tuh..CB nk ucapkan terima kasih...cantik ke gambar? hihih ikhlas ke tuh...yerlaa cantik pun atas tunjuk ajar dr kwn2 blogger juga... kome tak perasan ke...gambar yg 1st tuh..ade cacat sikit ? muffin tuh kena penyakit beguk? dh nak meleleh macam belalai gajah hahaahh..cuba tgk betui2...
Oklah dikesempatan ini juga, CB nak merakamkan ucapan tahniah buat blog Secubitgaram atas 1 juta hits pengunjung blog beliau..sapa tak kenal kak Nor kan...Ibu mithali yang pandai serba serbi...sangat2 kreatif mencipta resepi2 yang besh ..tidak kedekut ilmu dan amat pemurah sekali mencurahkan segala tips2 dan petua2 dalam masakan..
Buat pengetahuan kak Nor..ibu CB dh jatuh hati dgn puding tauhu laichi...dlm mase sebulan 3 kali dh buat...malam satlagi pun nak kena buat lagi...semua barang dia dh beli hihihi...semalam CB dh save gambar bunga ros merah tuh..tp tak lepas2 nak tepek...Tq ya kak NOr...
Resepi MUFFIN YOGURT
sumber asal : preciousmoments66
sumber rujukan : Kak Izah (copy dr blog akak yer,,TQ)menghasilkan 10 biji muffin
120 gm tepung
70 gm gula kastor
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
1 biji telur
50 gm minyak sayuran
1 tsp vanilla essence
Filling pilihan mengikut selera masing2:
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry
Caranya:
1. Panaskan oven ke 180 C.
2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.
3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.
4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat nanti muffin keras.
5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4 penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.
Nota: Jika mahu intikan muffin dengan filling kesukaan, cedukkan setengah adunan, masukkan filling dan tutup semula dengan adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni , masa menggaulkan bahan2 tu pun, adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin

