Followers Yang Baik Hati, Tq

Saturday, October 29, 2011

Kuih Sri Muka


Assalamualaikum...salam Hari Sabtu..nih cb buat malam tadi utk dijamu pd tetamu yang akan bertandang ke rumah pagi nih...maaf  yer..tak sempat nk memotong seri muka nih....bab fail pun satu..tak kemas...ok la tuh sekali tgk mcm kek seri muka kan..cb amik nih kat umah Kak Yatie...thnk ya..sedap sangat...buat pengetahuan semua..ini laa kuih seri muka yang pertama buatan CB alhamdulillah menjadi..sonok sangat...oklah cb minta izin kak yatie utk di share sini semula ya...senang untuk rujukan cb pd masa akan datang...terima kasih sekali lagi


Resepi Kuih Seri Muka
sumber : Kak Yatie

Cb guna loyang spring foam 18cm

Lapisan Bawah:
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair ( saya guna 1 1/2 cwn je..)
  • sedikit garam

Cara

  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
  4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:

  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad - Cb guna tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam

Cara-Cara

  1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.

**Utk adunan ni saya masak sebentar di atas api perlahan sehingga berwap sahaja dan tuangkan di atas lapisan pulut tadi. Kukus lagi selama 20 minit dngn api sederhana.

Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.


hope TERENGGANU menang malam niiiiiiiiiiiii !!!! yeeehaaa


10 comments:

  1. cantik betol kiuh.. eh kuih seri muka tu.. hihihi..

    ReplyDelete
  2. Tengganu Nelang.............Kalau menang esok CUTIIIIII...............

    ReplyDelete
  3. cantik...buat akak terlioq jer...

    ReplyDelete
  4. seni betul kuih serimuka dia....sedapnyer...nk buat malas, mintak sikit boleh

    ReplyDelete
  5. berseri2 seri muka cb hihii..yana xde keberanian lg nk bt..InsyaAllah..nak try bt jgk nnt kuih muih tradisional ni :=)

    ReplyDelete
  6. Hem..hem..hem..cantik dan segar je nampak kuih muka berseri tu...tunggu Rahel dtg potong ek? hehe..nape kuih jadi kiuh?

    ReplyDelete
  7. Aslmkum CB

    Wpun kali pertama buat tp nampak molek jadinya kuih seri muka CB....

    ReplyDelete
  8. tq pada semua yg sudi singgah n beri komen...nanti jika ade kelapangan masa..cb akan singgah balik blog anda yer.. :) sayang sumer

    ReplyDelete
  9. wah seronok dia ye kuih menjadi...guna loyang ni memang bagus la..elok je cantik bila kuarkan dari loyang....suka tengok..:)

    ReplyDelete
  10. kuih seri muka... sedaaap sesgt.... mmg kuih nie fav anak2 akak nie.. tp akak x berapa reti nak buat.. lain kali boleh try yg nie.. :) mmg nampak kemas n cantik ler serimuka nie CB

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Jasa anda amat dihargai.Kepada Anonymous sila tinggalkan nama :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...