Followers Yang Baik Hati, Tq

Thursday, August 25, 2011

Biskut Kurai

Assalamualaikum..nih post berjadual..layan ajer la yer...tp kali nih versi tak berapa menjadi..tak secantik kejadian yang INI.. ini pun biskut wajib tiap kali menjelang raya...mak cb belajar dr WI...


Resepi Biskut Kurai
sumber : chikadakbiru.blogspot.com

Bahan-bahan

500gram mentega
2 biji kuning telur
2 cawan soft brown sugar
1 sudu kecil essen vanilla
3 cawan biskut krim koko - buang krim,blender halus (beli timbang kat kedai runcit)
1 1/2 cawan tepung kastard
tepung rose secukupnya (bancuh lembut)
manik urai utk hiasan

Cara-cara

1.Pukul mentega dan gula sehingga sedikit kembang. Masukkan kuning telur dan essen vanila pukul sekejap
2. Masukkan biskut koko yang telah diblender. kacau seketika. masukkan tepung kastard. kacau lagi sehingga sebati. Kemudian boleh la masukkan tepung rose sikit2. Bancuh lembut sedikit.
3. Menggunakan nozzle berbentuk bulat sebesar 5 sen. Paipkan adunan dengan cara menekan 3 kali di dalam loyang acuan cermai. Buat sebanyak 3 kali utk mendapatkan 3 kelopak bunga. 
4.Kemudian sudukan manik urai dibahagian tengah. Bakar dgn suhu 170 selama 20 minit. 
5. keluarkan biskut dgn cara menghentak manja . Selamat mencuba

jum layan gambar..

gambar dr album dulu










3 comments:

  1. comel nyer sekut ni.. cemana acuan nak jadi bulat2 gitu cb? lawa

    ReplyDelete
  2. rajinnya CB buat sekut mcm ni....gigih betol!

    ReplyDelete
  3. camtu rupanya buat bentuk blossom ni...cantik je nampak... kalau cheq sue xde kerajinan dah nak buat gitu.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Jasa anda amat dihargai.Kepada Anonymous sila tinggalkan nama :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...