| warna saja buat lite2... |
Resepi Apam Dot Dot
sumber : Cikgu Hana
Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk 275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya
1 sudu kecil essen vanilla
Cara-cara
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Sudukan satu sudu kecik blueberi filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
Nota : Buka api sederhana sahaja. Tunggu air mendidih baru bubuh. Alaskan penutup kukusan dengan kain atau aluminium foil untuk mengelakkan dari masuknya wap (kalau tak nanti berlubang-lubang). Bleh tukar filling lain...terpulang pada selera...
ira pun baru buat semalam....anak2 suka betul
ReplyDeletemas juga tak buat2 lagi...kikiki..
ReplyDeletecantiknya apam tu..
comel jer...
ReplyDeletenmpak cam sedap je....kna try ni...hehe
ReplyDeleteWanieyra : kite buat pun sbb apam ni sesuai dgn budak2 kan...cute aje... hihi
ReplyDeleteMas : kak mas kan ratu apam..tak lengkap la kalau tak wat dot dot nih..
Nazrah : TQ..
Kieyn : harus try...kena rajin sikit ajeee :)