Udang Goreng Kunyit
Bahan-bahan
500gm udang saiz sederhana
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
(gaul kesemua bahan dan letak tepi)
1 ulas bawang besar - dipotong bulat
2 ulas bawang putih - dihiris
2cm halia dihiris memanjang
2 sudu makan sos tiram
4 biji kentang - di potong nipis2 agak2la kemudian goreng (angkat dan ketepikan)
daun sup dan bawang
serbuk lada hitam kasar
Cara-cara
1. Panaskan minyak..Tumis bawang besar,bawang putih dan halia. Masak sehingga kekuningan, kemudian masukkan udang yang telah digaram kunyit tadi..Kacau rata bagi udang tuh masak...kemudian boleh masukkan sos tiram...kalau agak kering boleh tambah air..tp jangan byk sangat...sbb die takde kuah kikiki
2. Akhirsekali boleh la masukkan ubi kentang yg telah digoreng td, hiris cili merah dan tabur serbuk lada hitam dan daun sup & bawang.
Kari Sardin Cap Ayam
Bahan-bahan
1 tin besar sardin cap ayam - ambil bahagian isi sahaja
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari - dileraikan dari batang
1 paket rempah kari babas + 2 sudu makan serbuk cili babas (bancuh dgn air jadikan pes)
1 mangkuk kecil air asam jawa
Kelapa parut RM 1.00 (dikisar dgn blender) - agak2 la santan tuh yer...
4 biji ubi kentang - dibelah 4
beberapa biji kacang bendi
secubit garam
Cara-cara
1. Panaskan minyak..tumis bawang merah , bawang putih, halba campur, daun kari sehingga naik bau dan kekuningan.
2. kemudian boleh masukkan pes rempah kari tadi..masak sehingga pecah minyak...jika agak kering..boleh tambah 1/2 cawan air..Kacau seketika kemudian boleh masukkan. Ubi kentang,..Masak sehingga mendidih. Kemudian boleh masukkan isi ikan tadi.
3. Tuangkan air asam jawa, santan, kacang bendi, garam dan masak sehingga mendidih. Apabila bendi nampak sudah layu. Boleh tutup api.

assalam cb..sedapnya menu cb ni...menyelerakan..:)
ReplyDelete