Followers Yang Baik Hati, Tq

Monday, January 24, 2011

Biskut Bunga Oreo

Oreo lagi...yaa biskut nih pun biskut raya thn lepas...ade member mintak tlg tepek resepi kat sini...katanya nak hadiahkan kat kwn sempena Chinese New Year...nasib baik Cb ade simpan gambar biskut tuh....yerlaa mase gambar diambil...blog nih tak wujud lagi...jum tgk resepi..ciptaan sendiri  :)






Bahan-bahan
sumber : Chikadakbiru

250gm mentega - dilembutkan terlebih dahulu
1 cawan gula perang ( guna cawan minum teh)
3/4 cawan biskut oreo (dibuang inti, dan dikisar halus)
1 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum sy guna tepung rose (boleh adjust mase gaul nanti, kot nak tambah atau kurang)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil eesen vanila
kokokrunch secukupnya
putih telur

Cara-cara

1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan bertukar warna
2. Masukkan kuning telur dan essen vanila sambil pukul.
3. Masukkan serbuk oreo, Gaul dengan senduk kayu jer. Kemudian masukkan tepung jagung sikit demi sikit
4.Akhir sekali masukkan tepung gandum. gaul dengan ujung jari hingga menjadi doh yang tidak terlalu lembut dan terlalu keras. Canai mengikut ketebalan yang kamu suka. dan Tekap dengan acuan kegemaran. Saya guna acuan bunga, sapu putih telur (kacau sedikit) dan telekupkan dengan koko krunch (tujuan buh putih telur supaya koko krunch tidak mudah tertanggal.
5. Bakar pada suhu 170 darjah selama lebih kurang 25 minit. Susah sikit nak tengok sbb biskut nih kaler hitam..petua nak tau masak ke idak..Try angkat biskut tuh..jika ringan..maknenye dah masak..

3 comments:

  1. kretip la CB! mcm2 biskut ada.. td igt nk mengukis juga tiba2 jd mls! adehhh

    ReplyDelete
  2. kak hana..
    sy nih penjual biskut secara kecil2an...jadi
    ade request dr pembeli nak kelainan...sy hentam la ini biskut hihihi..rase pun sedap jugak...yerla dah letak oreo...mesti la sodap

    ReplyDelete
  3. You will be able to remove trojan spy Keylogger and get up to speed on facts
    you ought to be aware of it. You also need something that can run unnoticed provides
    the best mixture of desired results, easiness of use
    and the sneaky obtainment Of around information.


    Also visit my web blog keylogger free

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Jasa anda amat dihargai.Kepada Anonymous sila tinggalkan nama :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...