Ikan termenung lengat ...kalau orang2 belah perak tau ler ikan nih..tp kalau yg tak bese dengar..ala ikan yg dijual kat pasar yang dah siap kukus tuh...actually ikan ni ikan lebihan goreng semalam...so sayang plak nak buang...jadi buat la sambal tumis....
Bahan-bahan
4 ekor ikan termenung lengat yang telah digoreng
1 ulas bawang besar @ 5 ulas bawang kecil - sy selalu letak bawang besar sbb lebih manis *ditumbuk
1 ulas bawang putih *ditumbuk
0.8 inci belacan *ditumbuk
4 senduk cili merah yang telah di kisar
1 mangkuk kecil asam jawa
gula dan garam secukupnya
1 ulas bawang besar - dipotong bulat-bulat
sedikit air
minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk @ kisar td sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan sedikit air asam jawa. dan air (jika nak berkuah). Kacau sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan ikan beserta bawang besar yang dipotong bulat-bulat.
3. Sesuaikan rasa garam dan gula mengikut citarasa. Sedia dihidangkan
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Jasa anda amat dihargai.Kepada Anonymous sila tinggalkan nama :)