huh bila sibuk dgn membaking....dh tentu la lauk pun masak yg simple2 n jenis campak2 jer..lagipun musim org kenduri tak habis lagi..masak lauk nih pun utk habuan org yang tak p kenduri...CB suka sambal sardin nih..tiap2 ari masak pun takpa...kena plak ade ikan masin gelama @ kedera goreng,...atau telur dadar..sedapnyerrrr ~~ actually nih masak semalam (ahad)...
BAHAN-BAHAN
1 tin besar sardin cap Ayam mackerel - asingkan isi dan kuah. Goreng isi ikan terlebih dulu (optional)
1 ulas bawang besar - di potong bulat-bulat
4 ulas bawang putih - di hiris nipis-nipis
2cm halia - dihiris panjang-panjang
5 tangkai cili muda - dibelah 2
8 biji cili padi - dibelah 2 (memamg suke pedas)
1 senduk cili kisar (optional)
1 mangkuk kecil air asam jawa
sedikit air (jika nak sedikit berkuah)
1 biji tomato - dibelah 4
Garam dan gula
CARA-CARA
1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili muda, cili padi. Masak sehingga kekuningan dan bahan tumis itu sedikit layu.
2. Masukkan sesenduk cili kisar. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan Air Asam jawa.
3. Tuangkan sos sardin dan ikan(yg telah digoreng dulu). Masukkan sedikit air. Kacau sehingga mendidih.Campakkan tomato.
4. Masukkan 1 sudu besar gula dan 1 sudu kecil garam. Sesuaikan mengikut citarasa anda.
Catatan : Jika nak tambah ubi kentang pun boleh...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Jasa anda amat dihargai.Kepada Anonymous sila tinggalkan nama :)