Followers Yang Baik Hati, Tq

Sunday, December 26, 2010

Karipap Comel Lote

Assalamualaikum..salam hari Isnin...hari yang tersangat gembira bagi kebanyakkan rakyat Malaysia...setelah Malaysia meraikan kemenangan bergaya menewaskan Indonesia 3- 0 . Huh dah mcm reporter sukan plak... ok tak mo cite pasal bola...sbb ini bukan penentunya lagi...hari rabu nih baru tau...

Petang semalam..Cb buat karipap bulat...adik beradik kate karipal comel loto...sbb kecik n kiut miut..saje je ubah fesyen sikit.......resepi bahagian pastry saya amik dr  rinnchan manakala inti saya buat ikut resepi sendiri....


isk sorry dh rotate tp ttp jadi mcm nih


Bahan-bahan kulit
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak masak
secubit garam
1/2 cawan air - sy amik air dr peti ais
Cara-cara:
1. Di dlm satu bekas campurkan tepung, marjerin, minyak dan garam. Gaul dengan
hujung jari sehingga campuran menjadi peroi.
2. Curahkan air sedikit demi sedikit sambil tangan kanan terus menguli adunan. Uli
sehingga adunan tidak melekat di tangan.
3. Guna penggelek dan canai mengikut ketebalan yang disukai. Tekapkan dengan acuan berbentuk bulat. Kemudian kelim bahagian tepinya dengan kemas
Bahan-bahan Inti
1 ulas bawang besar - di tumbuk
1 sudu besar lada hitam - di tumbuk
1/2 sudu teh jintan manis - ditumbuk
5 biji kentang - di potong dadu
daging kisar secukupnya - ayam pun bole
Sedikit kicap manis,garam dan gula
Daun sup dan bawang
2 sudu makan air

Cara-cara
1. Tumis bahan yang telah ditumbuk td. sehingga garing dan kekuningan
2. Masukkan daging, masak sehingga sedikit bertukar warna. Masukkan ubi kentang. Masukkan air. Kacau rata. Kemudian tuangkan sedikit kicap, gula ,garam. dan taburkan hirisan daun bawang n sup. Masak sehingga sedikit kering. dan sedia digunakan

 

4 comments:

  1. cantiiiiikkk nya...memang seni la tangan buat karipap ni..patut tunjuk cara nak buat karipap comel ni...kalau saya sah jadi lonjong la...penyet la..ni lawa tul..

    ReplyDelete
  2. mmg ingat nak tangkap gambor...hihi tp time tuh bateri hp memang takde langsung...maklumla kat 5 hari tak bercas..next time leh tangkap gambor..hihi

    ReplyDelete
  3. mak aiiihh mmg comey lote macam aku! kikikiki... eh nak pinjam blender jap! kekekeke...insyaAllah taun depan balik... heee

    ReplyDelete
  4. alololo...ha'a secomel mcm pipi darwish tau!!...heeee tak lama lagi yerk nak balik wah wah besh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Jasa anda amat dihargai.Kepada Anonymous sila tinggalkan nama :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...