Followers Yang Baik Hati, Tq

Monday, December 13, 2010

Asam Rebus Ikan Kembung

Masakan yang sangat simple,enak,masam-masam(sesuai utk org yg tengah mengidam) dan penuh berkhasiat sesuai juga untuk orang-orang yang tengah diet...masakan tanpa minyak... hihihi..sebenarnya saya dan bonda..jadi tukang masak kat Pak Din n Kak Yah (warga emas yang uzur) .Tiap2 hari kena anta mangkuk tingkat kat depa..sbb husband n wife nih...si suami cepat diserang penat..isterinya pula...lumpuh separuh badan..kebetulan depa nih pun ade bau-bau bacang..jadi tak gamak nak tolak permintaan depa..dh kat 3 bln jadi supplier makan tengahari n malam kat depa...hihi seronok plak bercita..



Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
5 tangkai cili kering - direndam dgn air panas, potong kecil dan buang biji *ditmbuk
3 biji cili padi kampung *ditumbuk (tak letak pun takpa)
3 ulas bawang merah @ 1 ulas bawang besar  *ditumbuk
1 ulas bawang putih *ditumbuk
1 inci belacan *ditumbuk
0.5 inci kunyit hidup *ditumbuk
1 batang serai dititik
daun kesum @ cenohom secekupnya
1 batang daun kantan - dibelah 2
2 keping asam gelugor
garam + gula
Air secukupnya
(bahan-bahan ditumbuk tuh..kalau nak kisar pun takpe)

Cara-Cara
1. Satukan semua bahan kecuali ikan, gula dan garam. Masak sehingga kuah mendidih. Bila dah mendidih baru masukkan ikan. Tunggu sehingga ikan masak dan boleh la tabur kan sedikit garam, gula @ serbuk aji jika suka. Sesuaikan dengan citarasa anda

3 comments:

  1. k0 asyik masak je...
    bile nak bagi aku rasa.. hahhaha
    wat aku teringin jew

    ReplyDelete
  2. hahah..nanti kita wat pot luck ..makan kat lakegarden..berkelah..!

    ReplyDelete
  3. ELEH...aku x pandai masak..
    nak wat pe.. aku bawak air dah la... hahha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Jasa anda amat dihargai.Kepada Anonymous sila tinggalkan nama :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...