Followers Yang Baik Hati, Tq

Thursday, December 23, 2010

Asam Pedas Kepala Ikan Terisi



Salam...menu malam td...permintaan dari suami tersayang...walaupun die org Terengganu..tp die minat sangat dengan asam pedas...yerla belah2 tepen ni..asam pedas tak berapa jalan...laku lagi masak kari..resepi nih saya skodeng dari Cik Mat Gebu cuma di ubah suai  sikit..mengikut tekak dan benda yang ade dlm peti ais..hihihi


Bahan-bahan

Kepala ikan terisi - di belah 6 ( suruh org market potong siap2..memudahkan keje)
1 biji nenas madu sederhana besar ( CB tak letak..sbb ganti dengan 5 biji kacang bendi)
2 kuntum bunga kantan
1/3 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Daun kesum secukupnya (CB tambah)
Air secukupnya (menenggelamkan ikan)

Bahan yang di kisar

6 biji bawang merah ( CB ganti 1 ulas bawang besar)
2 ulas bawang putih
1/2 camca teh lada hitam ( CB tak letak)
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
2 keping hirisan nipis lengkuas
3 biji buah keras ( Cb tak letak)

Cara-Cara
1.Panaskan minyak dalam periuk. Tumis semua bahan yang dikisar sehingga garing dan kekuningan.
2. Masukkan  cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. Tambahkan sedikit air, bila sudah kering. Kemudian masukkan air asam jawa. Campakkan daun kesum dan bunga kantan.
3. Bila mendidih kuah tadi, boleh la masukkan kepala ikan. Rasakan masam,manis, masin..Jika ada yang kurang bolehla tambah ape yg kurang..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Jasa anda amat dihargai.Kepada Anonymous sila tinggalkan nama :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...