Followers Yang Baik Hati, Tq

Monday, November 29, 2010

Spagetti Bolognese

Ptg semalam mak suruh dah buat spageti nih...tp daging kisar plak takde...so mlm td pergi la beli kat econsave...hari nih kul 5 pg aku dah bangun....hehe lepas tuh nak siap2 p keje plak..kang kalau tak bangun awal..kelam kabut plak.nak buat spageti...kebetulan ade sos spageti cendawan cap KIMBALL dah terperap lama dlm peti ais...ini resepi dia

tgk tuh still penuh lagi..walaupun dh guna..

guna DuChef..sbb tak masam sgt

sebelum p ofis, sempat makan dgn mak..nyum nyum


Bahan-bahan
500gm spageti San Remo( direbus dengan air mendidih + letak sikit minyak masak/ zaitun/butter + garam)
400gm daging kisar Ramly - kasi lembut dulu sblm guna
220gm tomato pure jenama Du Chef (seperti di gambar)
1 botol sos spageti perasa cendawan jenama Kimball
1 tin cendawan butang - di hiris nipis
1 mangkuk kecil mixed vege
2 sudu besar serbuk oregano
3 helai daun bay
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
3 sudu besar gula (ikut sedap anda la)
1 sudu besar garam
2 keping keju slice any brand (x bubuh pun takpa)
1 senduk susu segar (x bubuh pun takpa)
2 sudu besar butter untuk menumis
1 labu bawang besar  holland - di dadukan
1 tin air (sukat tin DuChef)

Cara-cara
1. Cairkan butter dlm periuk.Masukkan bawang holland, Masak sehingga sedikit layu . Masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna.
2. Masukkan sos spageti kimball + Tomato Puri Duchef + 1 tin air. Masukkan Daun Bay, Serbuk oregano dan serbuk lada hitam kasar. Masukkan cendawan dan mixed Vege
3. Masukkan susu segar + keju . Kacau sehingga rata dan sebati.
4. Masukkan garam dan gula. mengikut sukatan kegemaran anda. Aku suka manis sikit..sbb baru rase masam-masam manis.
5. Tutup Api bila kuah td sudah mendidih. dan sedia dihidangkan bersama serbuk keju (jika ada)

Catatan : jika nak tambah lagi bahan seperti  sosej,bebola daging/ ayam..lagi besh~~

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Jasa anda amat dihargai.Kepada Anonymous sila tinggalkan nama :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...